THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 3 Mac 2011

Andai kautahu


Andai kautahu

aku masih di sini dalam sangkar hati
dalam pedih resah
mencari suaramu
yang hilang di balik tirai waktu
andai kautahu
aku masih lagi di sini dalam penjara hati
menyulam biku cintaku
yang tercarik oleh rindu
andai kautahu
sentiasa di sini seorang aku
mengintai khabarmu
lewat musim yang berubah
saat sepi berbicara
tanpa suara
saat airmata mengalir
tanpa kata.