THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Rabu, 15 Julai 2009

BAYANGAN

Di sempadan malam
katamu adalah aku yang datang
sebagai bunga mimpi
membawa harum dari taman sianghari

di sempadan malam
katamu adalah aku yang hadir
sebagai Laila
mencari Majnun yang hilang
dengan setangkai hati
dari bejana cinta masa silam

di sempadan malam
katamu adalah aku
sebuah ilusi yang tersimpan
bila rindu menerpa
ketika jendela hari kaubuka


180908

Tiada ulasan: