THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 11 Januari 2010

Seorang Aku Dan Khalifah Itu

Seorang aku
patah ilhamnya kerana keliru
menyapa kesedihan daripada kedangkalan
air mata pun menitis
dari sungai suratan
bila bulan tidak lagi mengambang.

Seorang aku
sumbang syairnya kerana bimbang
menyeka pedih pada seraut wajah silam
tawa pun hilang
daripada dasar takdir
bila bintang tidak lagi berkelipan.

Seorang aku
cuma kata-kata
sedangkan dia seorang Khalifah
titahnya senyap tanpa suara
dan akupun membacanya dari sudut mata hati.

CKBAYU
Johor

** Telah disiarkan. Berita Harian May 2007

Tiada ulasan: