THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 8 Januari 2010

Taranum Malam

Kekasih
aku datang kepada-Mu
sujud di atas satu kiblat
menyingkap hijab hati
bersama taranum malam hari
dalam kiamku
kerinduan mencium tauhid-Mu
ratib mengusir riak
bila iman gugur
di setiap penjuru amal

Kekasih
sedarkan aku
seandainya lupa terlena dalam jaga

Ckbayu
tepian waktu

2 ulasan:

kelompen berkata...

salam cik bayu
hamba singgah di sini
menghayati jambangan puisimu
dalam diri
dalam seni..
dengan hormat mohon pautan kepada lamanmu..

Ck berkata...

Salam buat tuan..Sudah saya lakukan..